Kreativiti Bilik Tidur untuk Anak Remaja

at Isnin, 17 Jun 2013 [ 6:33 PTG ]

Assalamualaikum...

Di atas permintaan UmmiKami dan untuk semua yang mempunyai anak remaja, entri kali ini memperlihatkan idea rekaan dan susun atur bagi bilik untuk anak remaja bujang dan dara anda.

Penting bagi anda untuk mengasingkan tempat tidur bagi anak lelaki dan perempuan. Sebagai umat Islam, kita telah di perintah untuk mengasingkan tempat tidur mereka seawal usia 10 tahun berdasarkan sabda Rasulullah, "Perintah anak kamu bersembahyang bila mereka berusia 7 tahun, jika mereka ingkar sehingga berusia 10 tahun, maka pukullah mereka. Juga pisahkan diantara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur." Hadis riwayat Al-Hakim dan Abu Daud.

Jika rumah anda kekurangan bilik...pastikan anak perempuan di beri keutamaan untuk memiliki bilik sendiri. Anak bujang mungkin boleh menggunakan ruang tamu sebagai tempat tidur, tapi berilah juga keselesaan buat mereka agar tidak terasa terpinggir.

Pengasingan penting bagi memelihara keharmonian dan maruah ahli keluarga. Ia juga mendidik anak-anak tentang akhlak dan batas pergaulan antara ahli keluarga agar tidak terjadi sesuatu perkara yang negatif. Bilik juga merupakan tempat untuk simpanan barangan peribadi dan berharga. 

kreativiti bilik remaja

Rekaan dan susunan yang minimal dan sederhana sesuai untuk bilik anak remaja anda. Mudah untuk dikemas dan selesa.

Rekaan dan susun atur serta perhiasan bagi pilihan yang saya paparkan di sini tidaklah terlalu feminin dan ekstrem...ianya sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. Saya tidak menggemari hiasan yang terlalu sarat dan berwarna warni. Anda nikmatinya dan mungkin diantaranya menarik perhatian dan membuahkan ilham untuk bilik anak remaja anda...

kreativiti bilik remaja

Katil, almari pakaian, rak buku dan meja belajar merupakan keperluan asas bagi sebuah bilik untuk remaja anda. Rekaan ini menysun atur dan menggunakan ruang terhad dengan baik sekali.

kreativiti bilik remaja

Untuk anak-anak sesama jantina tidak menjadi masalah jika di tempatkan dalam satu bilik. Rekaan ini tampak sesuai serta menarik.

kreativiti bilik remaja

Untuk bilik yang bertemakan warna, mungkin rekaan ini sesuai untuk anda. Kemas dan menenangkan.

kreativiti bilik remaja

Khas untuk anak bujang anda, ruang sudut di dalam rumah anda boleh diambil sedikit ruang untuk dijadikan sebagai ruang peribadi untuk mereka.

kreativiti bilik remaja

Satu lagi pilihan rekaan untuk anak bujang anda yang tidak mempunyai bilik sendiri. Ianya tampak kemas dan tersusun sekali,

kreativiti bilik remaja

Jika anda tidak sukakan katil boleh ubah, rekaan ini dapat memenuhi citarasa anda. Ianya dapat menjimatkan ruang dan memberi keluasan ruang kosong yang maksimum di dalam bilik anak anda.

kreativiti bilik remaja

Rekaan yang mementingkan keperluan ruang kosong yang luas di dalam bilik. Nak sembahyang berjemaah pun selesa.

kreativiti bilik remaja

Satu lagi pilihan rekaan yang sama seperti sebelum ini. Ianya memberi impak visual untuk menjadikan bilik kelihatan luas.

kreativiti bilik remaja

Rekaan untuk bilik yang hanya punya ruang terhad. Ringkas tetapi memenuhi segala keperluan.

kreativiti bilik remaja

Ruang bilik yang terhad tapi boleh menyediakan tempat selesa untuk tiga orang dengan keperluan asas yang mencukupi. Rekaan yang kreatif.

kreativiti bilik remaja

Bilik yang perabutnya tersusun rapat di satu arah. Satu teknik susun atur yang dapat memberi lebih ruang kosong di dalam bilik.

kreativiti bilik remaja

Ruang bilik yang terhad perlu bijak dalam penyesuaikan perabot dan susun atur. Cara terbaik, gunakan ruang atas. Seperti rekaan ini yang mengeksploitasi ruang untuk melengkapkan segala keperluan tapi tetap selesa dan menarik.

kreativiti bilik remaja

Satu lagi rekaan yang ringkas tapi praktikal untuk sebuah bilik yang sempit.

kreativiti bilik remaja

Bilik dengan hiasan dan kemasan yang ringkas tetapi menarik

kreativiti bilik remaja

Satu lagi contoh hiasan bilik dan bertemakan warna oren.

Pemilihan warna penting untuk membangkitkan emosi dan mood. Pilihlah mengikut warna kegemaran mereka bukannya warna kegemaran anda.

Sebenarnya anak-anak remaja ini tidak sabar untuk memiliki bilik mereka sendiri. Mereka mahukan privasi. Lengkapkan bilik mereka dengan keperluan asas. Biarkan mereka sendiri membuat pilihan hiasan dan warna. Anda berikan nasihat dan tunjuk ajar dalam pemilihan jenis, rekaan dan susun atur perabot.

Semoga anda mendapat serba sedikit manfaat dan ilham untuk menghias bilik anak remaja anda. Nasihat saya...jangan terlalu padat dengan barangan, pastikan keluasan bilik sebelum membeli perabot dan sebaiknya mulakan dengan lakaran.

Sebagai orang Islam, pastikan juga ada ruang untuk bersembahyang. Anda janganlah syok sendiri pula..Pastikan penglibatan anak anda dalam menghias, memilih dan menyusun juga... Inikan bilik untuk mereka, istimewa buat mereka  :)

petua umar al khattab

Ajarkan dan biasakan anak anda berdoa dan bertafakur sebelum tidur.

Sumber

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.